CTY BETTA FISH COMPETITION 2009

,

Alhamdullillah, akhirnya dapat juga mula menulis untuk blog ini. Ramai yang bertanya mengapa blog ini tidak diupdates. Terima kasih kepada mereka yang prihatin dan menyokong, tetapi kesibukan tugas harian ditambah pula dengan capaian internet yang terbatas antara beberapa perkara yang menjadi halangan selama ini. Insyaallah, blog ini akan sentiasa diupdates selagi mampu.

Hampir seminggu berlalu sejak CTY BETTA FISH COMPETITION 2009. Satu pengalaman yang menarik dan berharga. Bertemu dan bertukar pendapat dengan peminat dan pemelihara ikan laga dari pelbagai latar belakang, pelbagai bangsa dan pelbagai peringkat umur. Hobi ini telah menjadi salah satu medium kearah memupuk perpaduan. .

Menjadi impian kepada peminat dan pemelihara ikan laga untuk mempamerkan ikan yang mereka hasilkan dalam sesuatu pertandingan. Pertandingan ikan laga menjadi platform terbaik untuk untuk menentukan kualiti ikan yang kita hasilkan. Segala penat lelah akan lebih bermakna sekiranya ikan yang kita hasilkan diiktiraf dari segi kualitinya. Tetapi “kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”.

Persiapan dan perjalanan BV dalam menyertai pertandingan ini telah diuji dengan perbagai rintangan. Seperti peserta lain, setelah mendapat berita tentang pertandingan ini, proses mengenalpasti ikan terbaik untuk ke pertandingan dijalankan. Ikan-ikan terbaik dipilih dan diasingkan serta diberi perhatian dan penjagaan yang terbaik. Walaupun bagaimanapun, sehari sebelum BV menghantar borang penyertaan, satu “ujian” telah berlaku. Tempat ikan BV telah diserang oleh Monyet. Hampir kesemua ikan untuk ke pertandingan mati. Tak terkata perasaan waktu itu, hampir semua ikan terbaik yang dibenih, dibesarkan dan dijaga selama ini mati dalam sekelip mata. Alhamdullillah, tuhan kuatkan hati ini untuk tidak berputus asa dan terus berusaha. Sewaktu pertandingan pula, satu lagi “ujian” telah berlaku. Hampir seharian BV sibuk di tempat pertandingan. Tetapi setibanya di rumah, hampir 200 ekor ikan mati disebabkan masalah air dan fungus.

Kata orang, sesuatu yang berlaku itu pasti ada rahmatnya. Diakhir pertandingan BV hanya mampu tersenyum memikirkan apa yang telah terjadi. Segala penat lelah terbayar apabila Betta Village Team telah memenangi 10 kategori seperti berikut:

  1. 2nd Prize Winner – Plakat STM (Green)

  2. 2nd Prize Winner – Plakat STM (Orange)

  3. 3rd Prize Winner – Plakat STM (Orange)

  4. 3rd Prize Winner – Plakat STM (Gold)

  5. 3rd Prize Winner – Plakat STM (Black/Melano)

  6. 2nd Prize Winner – Halfmoon STM (Orange)

  7. 3rd Prize Winner – Halfmoon STM (Orange)

  8. 3rd Prize Winner – Halfmoon STM (Pattern)

  9. 2nd Prize Winner – Halfmoon STM (AOC)

  10. 3rd Prize Winner – Halfmoon STM (AOC)


Akhir kata, TAHNIAH!!! kepada semua pemenang.

For CTY Betta Competition 2009 full result, please click here.

5 Betta Lovers to “CTY BETTA FISH COMPETITION 2009”

  • 23 April, 2009
    diyanne_85 says:

    betta village yg mane satu?

    delete
  • 23 April, 2009
    diyanne_85 says:

    pemilik bettavillage yg mane 1?

    delete
  • 11 June, 2009
    diyanne_85 says:

    congrate BV... u've done great job!!! hope u'll success in ur business...

    delete
  • 11 June, 2009
    diyanne_85 says:

    chaiyok!! well done... this blog very interesting..

    delete
  • 24 June, 2009
    Nizam says:

    This blog is not a business ..it is a hobby. I do it because I like it. I only sell Betta if i got excess fish to let go. Thanks for your support.

    delete