Tips Permakanan Ikan Laga

,
Oleh: BettaVillage
Makanan merupakan salah satu perkara penting dalam penjagaan ikan laga.Dari kecil hingga ke saiz matang, makanan banyak memberi impak dan kesan keatas ikan laga anda.Makanan yang betul disertai dengan kuantiti yang betul akan menjadikan ikan anda sentiasa aktif. Ini penting supaya anda dapat sentiasa menikmati keunikan dan kecantikan ikan laga anda :) Jadi apa makanan terbaik untuk ikan laga anda? Tidak dapat dinafikan makanan hidup seperti cacing, jentik-jentik, nyamuk, serangga kecil dan daphnia merupakan antara makanan terbaik untuk ikan laga. Ini kerana ianya lebih semulajadi dan berkhasiat. Tetapi kini terdapat pelbagai jenis makanan ikan laga segera terdapat di pasaran. Dari yang murah hinggalah yang mahal.Ada makanan yang menjanjikan ekor ikan akan menjadi lebih cantik dan tak kurang juga ada yang menjanjikan tumbesaran yang cepat. Malah kini terdapat pula makanan hidup yang disejukbekukan. Tetapi dapatkah makanan segera dan makanan sejuk beku ini menggantikan makanan hidup?







* Jangan sesekali memaksa ikan anda untuk makan.


*Ada sesetengah orang memberi makanan dalam kuantiti yang banyak dengan harapan ikan akan cepat besar. Tetapi ikan mereka bukan sahaja tidak membesar, malah yang lebih teruk lagi, ada ikan yang mati. Ini kerana air ikan tersebut telah menjadi busuk dan dicemari oleh sisa makanan yang ditingalkan oleh ikan. Malah ada juga yang mati disebabkan terlebih makan atau "over feeding". Seperti manusia, ikan hanya mampu makan untuk kuantiti tertentu dalam satu-satu masa. Adalah lebih baik memberi ikan makan dalam kuantiti yang sedikit dan pastikan ikan anda tidak meninggalkan sisa makanan. Pastikan anda sedut sebarang lebihan makanan.




* Beri pelbagai makanan


* Apa perasaan anda sekiranya anda makan makanan yang sama setiap hari? Tentu bosan bukan. Bergitu juga dengan ikan laga anda. Kelpebagaian makanan dapat memastikan ikan mendapat zat-zat yang diperlukan. Beri makanan hidup dan makanan palet secara berselang seli. Ini bagi memastikan ikan anda dapat menerima dan biasa dengan makanan yang diberikan. Anda juga pasti takut dan ragu-ragu sekiranya disuruh makan makanan yang anda tidak biasa lihat atau makan bukan? Jadi latih dan biasakan ikan anda dengan pelbagai jenis makanan. Sekiranya ketiadaan sesuatu makanan, ikan anda pasti dapat menerima makanan penganti dengan senang hati.

1 Betta Lovers:

  • 26 April, 2010

    soalan sy, bagaimana cara mudah untuk memberi ank2 ikan laga yg baru lahir makan?? kerana di tempat sy, tiada kedai yg menjual makanan untuk anak2 ikan laga...

    delete