Sejarah Perkembangan Halfmoon

,
Pada 1849 Theodor Cantor telah menerbitkan satu artikel mengenai ikan laga yg dikenali sebagai Macropodus pugnax (1,2). Pada 1909 C. Tate Regan telah menyedari bahawa Cantor telah membuat satu kesilapan dimana pugnax merupakan suatu spesies berkaitan yang sememangnya telah wujud sejak dahulu lagi. Sehubungan dengan itu, Regan telah menukarkan Macropodus pugnax kepada Betta splendens.


Sehingga kini, semua jenis spesies betta splendens berasal daripada jenis ikan liar yang bersirip pendek (plakat). (3). Sejak dari dahulu lagi gaya sirip pendek ini dipercayai oleh masyarakat Thailand. Ikan laga Thai diambil daripada spesies betta liar yang ditangkap. Objektif utama mereka memilih jenis betta liar adalah kerana ciri-ciri sifat semulajadi ikan tersebut, tahan lasak, saiz, cara laga dan warnanya.


Pemilihan pembiakan ikan ini dilakukan oleh satu organisasi laga ikan dengan betta daripada penternak lain. Pembiakan yang dipilih akan menjadi contoh kepada generasi depan bagi ikan laga. Disebabkan pemilihan secara semulajadi tidak wujud di sini, selepas beberapa generasi, Betta berkembang dengan mempunyai dorsal ( bahagian belakang) yang sedikit panjang dan ekor bersirip ( caudal fin). Ikan jenis ini tidak mempunyai semangat juang yang tinggi berbanding Betta liar kerana mereka kurang agresif dan tidak dapat melakukan serangan yang pantas berbanding dengan spesies liar yang mempunyai sirip yang pendek.


Betta dengan sirip yang panjang kini hanya diternak kerana kecantikannya sahaja. Semestinya keadaan ini telah pun lama diiktiraf dan dikenali kerana terdapat ramai warga Eropah dan Amerika yang datang ke asia tenggara sekitar 1850.



Halfmoon oleh Betta Village


Sekitar 1960 penternak dari India berjaya menternak betta dengan 2 sirip ekor atau dikenali sebagai double tail (berekor dua)(1). Ciri-ciri yang nyata bagi jenis ikan ini ialah ukuran sirip dorsalnya(bahagian belakang) yang agak besar dan badannya yang sedikit pendek.Mungkin mereka mahu menjarakkan ciri terakhir ini dengan mengacukkan betta doubletails dengan single tail. Penternak sedar akan peningkatan dan perubahan dalam bentuk sirip dorsal dan sirip ekor pada anak dan telur ikan ini. Sedikit demi sedikit pengemar akuarium mula disukai di Eropah dan Amerika.Kesan daripada fenomena ini, Asia mula menternak Betta Splendens jenis bersirip panjang dalam skala yang besar di ladang-ladang penternakan.


Kini penggemar Betta Splendens di Eropah dan Amerika mula memilih ikan jenis ini bagi mendapatkan ciri-ciri tertentu yang disukai pada ikan mereka.Pada 1960 penternak Amerika, Warren Young, telah berjaya menternak Betta dengan sirip yang sangat panjang (1,4). Young menamakan Betta jenis ini sebagai "Libby-Bettas" bersempena dengan nama isterinya Libby. Ikan ini dijual kepada penggemar-penggemar ikan di seluruh dunia dan ladang-ladang di asia. Fenomena inilah yang menyumbang kepada peningkatan kepada jenis ikan Betta berekor panjang. Pada masa yang sama juga, penternak Jerman, Dr. Eduard Schmidt-Focke menternak deltatail betta yang pertama, iaitu beta yang mempunyai ekor segitiga bersimetri.

0 Betta Lovers to “Sejarah Perkembangan Halfmoon”