Sekitar KW Betta Competition 2009 (Bahagian 1)

,
Alhamdulilah, KW Betta Competition 2009 telah pun menutup tirainya ahad lepas. Satu lagi kenangan indah buat saya dan rakan-rakan yang lain. Sebenarnya bukanlah sesuatu yang mudah bagi saya. Pelbagai rintangan yang menguji kesabaran harus ditempuhi.

Saya dan rakan2 mengetahui mengenai pertandingan ini agak lambat, kira-kira sebulan setengah sebelum pertandingan. Masa sebulan merupakan tempoh yang singkat untuk kami menyediakan ikan yang terbaik ke pertandingan. Boleh dikatakan saya dan rakan2 yang lain tidak bergitu bersedia untuk pertandingan ini. Kebanyakan kami hanya memilih anak ikan yang sedia ada untuk diberi perhatian khusus ke pertandingan ini. Saya sendiri memilih hampir 100 ekor dan setelah meneliti hanya 40 ekor yang diberi perhatian khusus. Daripada 40 ekor, hanya 20 ekor yang menyertai pertandingan kali ini.

Untuk pertandingan kali ini, saya mencadangkan kepada rakan2 supaya kami menyertai sebagai 1 kumpulan. Akhirnya semua bersetuju untuk bersatu dibawah Team Betta Village. Team ni terdiri daripada saya (Nizam), Jaffar (aka Pan), Edy, Fizi dan Faizal. Sepanjang persediaan sebelum pertandingan, pelbagai perkara berlaku kepada saya dan rakan2. Ada ikan yang mati, ekor terkoyak, malah ada ikan yang dicuri. hehehe. Disaat akhir sewaktu penyerahan borang pertandingan, Edy menarik diri kerana ketiadaan ikan yang dirasakan layak untuk dipertandingkan, bergitu juga dengan rakan2 lain yang terpaksa mengurangkan jumlah ikan disebabkan pelbagai masaalah.



18 Disember 2009 - Saya terasa bergitu kerdil apabila melihat bergitu ramai peserta lain dengan ikan2 mereka. Kebanyakan peserta lain membawa lebih dari 30 ekor ikan seorang. Malah ada seorang peserta dari Ipoh (Uncle Tan Hoong Keat - Beliau merupakan seorang yang peramah) mendaftar hampir seratus ekor ikan pada hari tersebut. Selain itu, terdapat juga penyertaan dari luar negara. Melihat pihak pengurusan tidak menang tangan dalam menguruskan ikan2 sewaktu pendaftaran, kami menghulurkan dua tangan bagi meringankan beban mereka. Sesungguhnya pihak pengurusan..Lee, Sunny, Haur, Alvin dan yang lain2 bertungkus lumus bagi memastikan semuanya berjalan lancar.



19 Disember 2009 - Pengadil pertandingan terdiri dari Lee (Penang Betta Club), Bobby (BSM) dan seorang lagi pengadil daripada Taiwan. Hari pertandingan dimeriahkan lagi dengan jualan murah pelbagai jenis ikan laga serta produk2 berkaitan. Sewaktu hari pertandingan kami dapat berkenalan serta bertukar pendapat dengan peserta lain. Selain itu kami juga sempat berkongsi pengalaman dan maklumat dengan rakan2 baru yang berminat dengan ikan laga hiasan. Sememangnya hobi ini boleh dijadikan medium dalam merapatkan siratulrahim dan menjayakan slogan 1 Malaysia (^_^).



 Barisan Pengadil
Dari Kiri  Feng En Ye (Taiwan ),Bobby Chua dan Lee Seng Hui 

20 Disember 2009-  Sememangnya hari yang dinanti-nantikan oleh semua. Tahniah kepada Cheong Ah Fatt yang memenagi Grand Champion dengan Yellow Halfmoon nya Bagi Team Betta Village pula, kami amat bersyukur dan mampu tersenyum diakhir pertandingan kerana usaha kami membuahkan hasil. Secara keseluruhan Team Betta Village memenagi 13 kategori seperti dibawah:


FEMALE CATEGORY

2nd Hasfanizam (Team Betta Village) E02-07
 


HALFMOON CATEGORY

A1 + A2 3rd Modh Shafizi (Team Betta Village) A2-02

A5 1st Hasfanizam (Team Betta Village) A5-05

A9 3rd Ahmad Faizal (Team Betta Village) A9-01

A10 1st Hasfanizam (Team Betta Village) A10-03
A10 2nd Hasfanizam (Team Betta Village) A10-05

A11 + A12 3rd Ahmad Faizal (Team Betta Village) A11-06


PLAKAT CATEGORY

B4 3rd Hasfanizam (Team Betta Village) B4-05

B6 1st Ahmad Faizal (Team Betta Village) B6-09

B11 2nd Ahmad Faizal (Team Betta Village) B11-09


CROWNTAIL CATEGORY


C1 + C2 + C3 2nd Ahmad Faizal (Team Betta Village) C1-01

C10 + C11 2nd Hasfanizam (Team Betta Village) C11-01


FEMALE CATEGORY

E2 1st Hasfanizam (Team Betta Village) E2-07


Semoga kemenangan ini dapat dijadikan motivasi untuk kami terus berusaha meningkatkan kualiti ikan di masa hadapan.Amin.

2 Betta Lovers to “Sekitar KW Betta Competition 2009 (Bahagian 1)”

  • 23 December, 2009

    org tu mcm dh makin berisi r...kih3

    delete
  • 23 December, 2009
    betta5777 says:

    macam x percaye je boleh menang

    delete