Betta Village Care - BLOGGER WE CARE

,



Salam dan selamat sejahtera,
Saya terpanggil untuk menulis mengenai kempen Blogger We Care ini seteleh membaca entry di blog Ein. Kadang kala kita sering mengeluh apabila ditimpa musibah, tetapi ingatlah sesungguhnya ada orang yang lebih malang dari diri kita. Kempen ini dianjurkan oleh Saudara Hydir bagi membantu rakan2 blogger yang memerlukan bantuan. Dengan meletakkan Ribbon Blogger We Care di blog anda, anda  akan menyumbagkan RM1 kepada  Saudara Megat melalui penajaan dari kbsoccer.

Sebenarnya saya antara pembaca senyap di blog saudara Megat. Tak perlu untuk saya ulas secara panjang, mungkin anda patut membaca luahan hati Saudara Megat dalam entrynya yang bertajuk Tangisan aku, isteri dan anak-anak. Bagi yang ingin menghulurkan sumbangan secara terus bolehlah salurkan kepada

Nama Penuh – Faisal Amirul Othman
No Akaun CIMB – 0123 0015 4575 21
No Akaun Maybank – 1010 7541 8124

P/s: Semoga tuhan tabahkan hati Saudara Megat dalam menghadapi segala ujian.

0 Betta Lovers to “Betta Village Care - BLOGGER WE CARE”