Betta Village Shop

,

http://bettavillageshop.blogspot.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Disebabkan buat masa sekarang saya mempunyai banyak masa terluang, (^_^) jadi saya dapat luangkan lebih banyak masa untuk aktiviti yang saya minati terutama berkaitan ikan laga hiasan. Alhamdullilah, setelah pelbagai rintangan dan halangan yang melanda, akhirnya dapat juga saya menyiapkan blog khas untuk saya menjual ikan laga hiasan.  Blog Betta Village Shop menawarkan pelbagai jenis ikan laga hiasan yang berkualiti pada harga yang berpatutan. Sebenarnya telah lama saya merancang untuk membangunkan blog khas bagi menjual ikan laga hiasan, tetapi kekangan masa menjadi penghalang utama. Sebelum ini saya cuma menjual ikan di rumah, dimana rakan-rakan atau pelanggan datang sendiri untuk melihat dan membeli ikan terus dari bilik ikan saya. Bagi pelanggan yang jauh, selalunya kami berurusan melalui email. Dengan adanya blog Betta Village Shop ini, saya berharap agar segala urusan jual beli berkaitan ikan laga hiasan akan menjadi lebih mudah dan teratur. Amin ...

P/s: Diharap Betta Village Shop mendapat sokongan dari anda semua (^_^)

1 Betta Lovers:

  • 14 April, 2014
    Aidil Didil says:

    Nk beli on9 bleh?? MINTAK NO HP

    delete