Happy New Year 2010

,
Sedar tak sedar  tahun 2009 telah berlalu pergi. Dan hari ini bermulalah tahun 2010. Cepat sungguh masa berlalu tanpa disedari. Pelbagai kenangan manis dah pahit berlaku sepanjang 2009 menjadikan hidup ini lebih bermakna. Betta Village pun nampaknya ada kemajuaan. Blog ini sendiri antara kemajuaan dalam Betta Village. Bermula dengan blog Betta Village ini, banyak yang saya belajar tentang blog. Kini saya boleh melakukan semuanya sendiri, dari mengedit layout hinggalah penggunaan aplication untuk blog. Malah saya turut membantu rakan2 blogger yang memerlukan bantuan saya untuk mengedit blog mereka. Untuk tahun 2010 ini, saya merancang untuk menggunakan hosting dan domain berbayar untuk blog Betta Village.



Walaupun Betta Village ini hanya trademark peribadi saya, tapi nampaknya ramai yang memberi sokongan. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang terus menyokong saya. Ramai yang bertanya mengapa saya jarang update blog ini, ada juga yang bertanya mengapa saya tidak post gambar2 ikan dan jual secara online, malah ada juga yang bertanya mengapa saya kurang aktif di forum2 berkaitan ikan laga. Tidak kurang juga ada yang mengatakan saya sombong..(sombong ke saya ni??? hehehe)...Saya tidak ambil hati kerana tak kenal maka tak cinta..betul tak??? (^_^). Jawapanya adalah kerana MASA. Bagi yang rapat dengan saya, mereka sedia maklum dengan tugas harian saya. Bagi yang tidak tahu pulak, biar saya berkongsi serba sedikit tentang diri saya. Saya berkerja hampir 12 ke 13 jam sehari. 5 hari seminggu. Masuk kerja pukul 9.00 pagi, balik dekat 10.00 malam dan kadang2 sampai ke 12.00 malam. Kami tiada public holiday, maksudnya sekiranya nak cuti pada cuti umum, kena la apply cuti. Tak perlu la saya nak mention nama company saya, sebab company saya merupakan salah satu company gergasi dunia dalam bidang kewangan. So bayangkan berapa banyak masa yang saya ada untuk urusan peribadi dalam sehari??? Masa bersama keluarga? masa bersama kawan2? masa untuk beridah? masa untuk urusan ikan2?...

Tahun 2009 juga melihat saya membuat satu keputusan berani dalam karier saya. Saya membuat keputusan untuk meletak jawatan setelah menimbang segala2nya. Perkerjaan seperti ini tidak sesuai dengan saya dan yang lebih penting saya perlukan hidup yang lebih seimbang. Semoga tahun 2010 tuhan permudahkan segala urursan dan murahkan rezeki saya. AMIN (^_^)

Berbalik kepada Betta Village, tahun 2009 saya telah menyertai 2 pertandingan ikan laga  Alhamdullilah , beberapa kejayaan dalam pertandingan yang saya sertai merupakan kenangan manis buat saya, malah menjadikan saya lebih bersemangat dengan hobi ini. Ramai kawan yang saya kenali dan banyak ilmu yang saya pelajari. Malah hasil dari sokongan rakan2, Team Betta Village ditubuhkan. Ini juga salah satu kenangan manis buat saya. Penghujung tahun 2009 diakhiri dengan kejayaan Team Betta Village menganjurkan Pameran dan Jualan Ikan Laga Hiasan.



Untuk tahun 2010, banyak perkara yang hendak dilaksanakan, dan sudah semestinya menuntut banyak usaha dan keringat. Menigkatkan kualiti ikan, menyediakan rujukan dalam Bahasa Melayu, menyertai lebih banyak pertandingan dan menganjurkan lebih banyak aktiviti antara perkara yang akan diberi perhatian oleh saya. Semoga tahun 2010 menyaksikan lebih banyak kemajuaan untuk Betta Village.

Rasanya dah agak panjang saya menulis.
Cukuplah sampai disini dan saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
SELAMAT TAHUN BARU 2010


Semoga 2010 menjadi tahun yang lebih bermakna untuk kita semua.

4 Betta Lovers to “Happy New Year 2010”

  • 01 January, 2010

    happy new year niezam..semoga kehadiran tahun baru ni akn membuat kan hdp zam lebih bermakna...semoga zam terus berjaya tau...ein support dr blkg je...hehe...klo zam nak bli domain n hosting, pi usha sepaku ye..diorg nye murah je...hehe...

    delete
  • 01 January, 2010

    owner blog ni x sombong org nye...hahaha...tp dia teramat2 la busy...lalalala....

    delete
  • 02 January, 2010

    (^_^)

    delete
  • 05 January, 2010
    希望 says:

    wonderful..................................................

    delete